Siapa CK?

Sedikit info tentang diri Saya,
Nama diberi Kharmila Achmad,
Tapi
mudah panggilannya Cikgu Miela atau di alam maya lebih dikenali dengan panggilan CK melalui FB https://www.facebook.com/kharmila.achmad.3 , berasal dan membesar di wilayah pantai timur, sekarang menetap di Selatan Tanah Air.

Pengalaman:
===========
Tidaklah banyak mana, kerana masih dalam proses belajar sepanjang hayat.
Tidaklah pakar mana kerana yang pakar hanya Dia yang SATU
Sesungguhnya, saya masih baru dalam bidang ini, pernah menjadi guru sekolah selama tujuh tahun, pengetua pusat tuisyen, tutor separuh masa dan kini, pendidik sepenuh masa..
Selama 13 tahun saya dalam bidang kependidikan, Saya lebih selesa dan dekat dengan anak-anak hebat yang keciciran (pelajar dari kelas-kelas belakang)...

Kemahiran:
Banyak skill, pengalaman, pengetahuan, dan kesabaran yang saya belajar melalui anak-anak ini.
Maka, banyak juga teknik dan kaedah yang saya gunapakai dalam usaha membantu anak-anak hebat ini untuk hidupkan jiwa mereka dalam pembelajaran.

Dan.....

In shaa Allah, melalui KELAS BMi inilah, saya akan membuat perkongsian tentang semua teknik itu, supaya anda semua juga boleh membantu anak-anak hebat di rumah..

Melalui Kelas ini, anda akan dibimbing untuk menjadi
RAKAN BELAJAR anak anda dengan cara yang berSISTEM .

Nak tahu lagi?

Ayuh, ikuti kelas BMi saya, Kharmila Achmad
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Comments